Skip to main content

Rakaman 'Dashcam' Bas Dipandu Laju, - Polis

>

Ipoh: Pemilik kamera papan pemuka (dashcam) sudah tampil untuk membantu siasatan berhubung nahas bas tragis yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM53 Lebuhraya Jeli-Gerik, di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Noordin berkata, kenyataan daripada pemilik 'dashcam' itu akan diambil dalam masa terdekat memandangkan rakaman tular itu dijangka menjadi bukti penting dalam menentukan punca sebenar kemalangan.

"Ya, setakat ini rakaman 'dashcam' telah diserahkan. Kami serahkan kepada pegawai penyiasat untuk meneliti rakaman tersebut dan kenyataan daripada pemilik akan diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini.

Beliau menambah, rakaman tersebut boleh membantu menjelaskan beberapa perkara penting termasuk kelajuan bas dan keadaan jalan semasa kejadian.

"Rakaman itu jelas menunjukkan bagaimana bas tersebut dipandu laju, dan lebih memburukkan keadaan, penghadang jalan menembusi badan bas dari bahagian depan.

"Itulah sebabnya penumpang di sebelah kiri bas adalah antara yang maut, kerana penghadang terus menusuk ke tempat duduk penumpang.

"Kebanyakan mangsa yang cedera mengalami kecederaan di bahu kiri selepas tercampak dari bahagian kanan ke kiri apabila bas terbalik," katanya.

Dalam rakaman video berdurasi 38 saat yang tular itu, bas dilihat dipandu laju dan cuba memotong sebuah kereta sebelum ia terbalik dan melanggar bahagian belakang Perodua Alza.

Apabila ditanya mengenai dakwaan beberapa mangsa yang terselamat bahawa bas dipandu laju dan terdapat bau hangit, Noor Hisam berkata, polis juga akan mengambil kenyataan mereka.

"Kami ada maklumat itu, tetapi saya tidak boleh dedahkan di sini kerana ia boleh menjejaskan siasatan. Kami akan ambil semua kenyataan mereka kemudian," katanya.

Noor Hisam turut memaklumkan bahawa beliau sendiri telah melawat lokasi kejadian dan berdasarkan pemerhatiannya, jalan di situ sememangnya curam dan kejadian berlaku sekitar tengah malam selepas hujan, dengan keadaan jalan yang gelap dan sukar dilihat.

"Berdasarkan pemerhatian awal saya, tiada garisan jalan yang kelihatan dan kawasan itu sangat gelap tanpa sebarang penanda.

"Kami masih menyiasat sama ada punca kemalangan adalah akibat kecuaian manusia atau masalah teknikal. Semua sudut akan diteliti kerana ini adalah kemalangan yang sangat serius.

"Bas terbalik dan melanggar penghadang jalan. Nasib baik ia tidak menembusi penghadang sepenuhnya kerana di sebelah sana ada gaung.

"Kebanyakan mangsa ditemui pasukan penyelamat berada di dalam longkang bersebelahan penghadang. Mereka yang terselamat berjaya keluar merangkak dari bangkai bas, manakala yang maut kebanyakannya masih berada di dalam bas," katanya.

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini.

Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...