Skip to main content

Pemuda dituduh ‘jilat’ budak 9 tahun



MELAKA – Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal termasuk menjilat kemaluan adik rakannya berusia sembilan tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Dzul Fiqar Ahmad Fardzil, 21, tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Mengikut empat pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menjilat dan memegang kemaluan serta mencium mulut mangsa yang berusia sembilan tahun bagi maksud seksual.

Bagi kesalahan itu dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,
Pembantu kedai makan itu turut berdepan satu lagi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan mangsa sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377C kanun sama.

Semua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah pangsa di Ayer Keroh antara pukul 10 malam hingga 1 pagi, 31 Mei lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan, selain memohon syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran serta tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jumlah jaminan rendah dengan alasan anak guamnya hanya berkerja sebagai pembantu kedai makan selain keluarganya kurang berkemampuan.

Hakim Haderiah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 bagi semua pertuduhan dan membenarkan syarat-syarat tambahan dipohon oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 8 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
MalaysiaGazette pada 2 Jun lalu melaporkan kejadian terbongkar kira-kira pukul 6.30 pagi 1 Jun lalu selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada pengadu yang juga ibunya, berusia 40 tahun.

Mangsa mendakwa rakan abangnya yang datang melepak di rumah mereka telah memegang kemaluannya, selain menyuruhnya memegang kemaluan tertuduh ketika berada di ruang tamu rumah.

Pengadu ketika itu meninggalkan mangsa bersama abangnya dan tertuduh kerana mahu ke pasar malam di Bandar Melaka sebelum abangnya juga keluar selepas itu meninggalkan mereka berdua. – MalaysiaGazette

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...