Skip to main content

Netanyahu Dilaporkan Keluar Dari Tempat Persembunyian?

 


BAT YAM, ISRAEL: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Isaac Herzog dilaporkan melawat lokasi kejadian serangan peluru berpandu Iran yang mengorbankan enam nyawa serta mencederakan puluhan mangsa lain di sebuah bangunan apartmen di Bat Yam, awal pagi Ahad.

Menurut laporan Times of Israel, Netanyahu dilihat meninjau sendiri kerosakan di kawasan tersebut, namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Herzog yang turut berada di lokasi menyatakan serangan berkenaan sebagai sangat dahsyat, dan menyifatkannya sebagai antara detik paling mencabar dalam sejarah negara tersebut.

“Puluhan rumah di kawasan ini musnah sepenuhnya akibat hanya satu peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran dalam serangan yang menyasarkan seluruh negara,” kata Herzog menerusi kenyataan rasmi Pejabat Presiden.

Beliau turut memaklumkan bahawa pencarian masih diteruskan bagi mengesan tiga lagi penduduk yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan.

“Dalam tempoh dua hari lalu sahaja, 13 rakyat Israel telah terkorban — merangkumi semua lapisan umur termasuk kanak-kanak, dewasa, warga emas dan pendatang baharu,” ujarnya.

Sementara itu, warganet sebelum ini giat membuat spekulasi dan teori mengenai pesawat rasmi Perdana Menteri Israel, Wing of Zion, yang dilihat berada di Lapangan Terbang Athens pada tengah hari Jumaat lalu, beberapa jam selepas Tel Aviv melancarkan siri serangan udara ke atas kemudahan nuklear serta beberapa lokasi di Iran.

Pengguna platform X turut menjejaki laluan dan masa penerbangan pesawat tersebut menggunakan data tersedia secara umum di laman web perkhidmatan pemantauan penerbangan, FlightRadar24.

Beberapa pemerhati mendedahkan beberapa kemungkinan motif strategik di sebalik langkah itu yang dikaitkan dengan protokol keselamatan dipertingkatkan serta perancangan diplomatik atau ketenteraan yang berpotensi.

Menurut mereka, keputusan menempatkan pesawat Netanyahu di Athens mungkin bertujuan mengalihkannya dari zon serangan peluru berpandu atau dron yang menyasarkan infrastruktur udara Israel.

Terdapat juga spekulasi bahawa pemimpin kontroversi itu mungkin melarikan diri ke ibu kota Greece bersama keluarganya sebagai langkah berjaga-jaga susulan ancaman serangan balas daripada Teheran. – Sinar Harian memetik Agensi

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...