Sejurus menggelar leher isteri, suspek berusia 30-an bergerak ke rumah keluarga mentuanya di Kampung Durian Chondong, di sini, dan membakar sekurang-kurangnya empat kenderaan.
Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir jam 7 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan permohonan reman pagi esok.
Disiarkan pada: Jun 3, 2025 @ 8:52pm Alias Abd Rani am@hmetro.com.my Artikel ➡️ Harian Metro