Malaysia menamatkan badi 10 tahun apabila menundukkan Vietnam 4-0 dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027, sebentar tadi.
Walaupun banyak melakukan percubaan berbahaya pada separuh masa pertama, jaringan pertama dibuka hanya beberapa minit selepas separuh masa kedua bermula, menerusi pemain warisan, Joao Figueiredo pada minit ke-49.
Jaringan kedua hadir sepuluh minit kemudian menerusi seorang lagi pemain warisan, Rodrigo Holgado yang menyudahkan hantaran cantik Arif Aiman.
Dua lagi gol Harimau Malaya adalah hasil jaringan Corbin Ong, juga daripada hantaran Arif, pada minit ke-67 dan Dion Cools pada minit ke-88.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah pada 2014, sebelum mengalami tujuh kekalahan dan satu seri kemudiannya.