Skip to main content

Polis rampas syabu selepas kejar 3 individu dari Senawang ke Kajang



SEREMBAN: Tiga suspek termasuk dua wanita melarikan diri sejauh kira-kira 50 kilometer (km) dari Senawang, di sini, sehingga ke Kajang, Selangor, awal pagi semalam, sebelum berjaya diberkas polis.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, suspek dikejar lapan kereta peronda polis sebelum terlanggar dua kereta orang awam di Taman Kajang Mewah, Kajang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui satu bungkusan dadah disyaki jenis syabu di dalam kenderaan dinaiki suspek.

“Ketika membuat tugas rondaan, pihak kami mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda HRV berwarna hitam yang mencurigakan di Jalan Seremban-Tampin, di sini.

“Suspek tidak memberikan kerjasama ketika diminta untuk pemeriksaan dan memecut untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, polis mengejar suspek dari Jalan Seremban-Tampin sehingga ke Taman Kajang Mewah sebelum kenderaan dinaiki suspek terbabas dan melanggar dua kereta di kawasan perumahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu ialah seorang lelaki bersama dua penumpang wanita masing-masing berusia antara 28 hingga 30 tahun.

“Turut ditemui satu bungkusan yang mengandungi dadah disyaki jenis syabu,” katanya.

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai 23 rekod jenayah membabitkan pelbagai jenis kesalahan.

“Semua suspek dibawa pulang ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban dan dibenarkan reman selama empat hari untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

25 Mei 2025, 12:17pm Artikel BuletinTV3

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...