Sohanur Rahman Anik, 23, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa 15 tahun semasa kejadian, bagi tujuan seksual di dalam dan luar lif sebuah unit apartmen di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Sentul di sini pada 10.39 malam, 21 Mei lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias, tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh merupakan seorang warga Bangladesh dan tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.
Hakim Mohd Kafli Che Ali tidak membenarkan Sohanur diikat jaminan dan menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan kes. - BERNAMA