Skip to main content

Saya Tidak Terlibat Pembunuhan Altantuya


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan tidak terlibat dalam pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat, Najib menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali, bertemu, atau mengarahkan pembunuhan Altantuya.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bertanya tentang sebarang kaitan atau pengetahuannya mengenai Altantuya, seperti yang disebut dalam bab 42 buku "My Story: Justice In The Wilderness" tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Saya tidak pernah mengenali beliau, tidak pernah bertemu, dan tidak pernah memberikan arahan sedemikian.

“Saya tidak terlibat dalam jenayah keji ini, dan saya tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
“Saya telah menyatakan ini secara rasmi dan bersumpah,” kata Najib pada perbicaraan penuh pertama bagi saman fitnahnya terhadap Thomas.

Kenyataan Najib ini dibuat sehari selepas Mahkamah Persekutuan menukar hukuman bekas pengawal peribadinya, Azilah Hadri, daripada hukuman gantung kepada penjara 40 tahun serta 12 sebatan rotan atas kesalahan membunuh Altantuya, model berusia 28 tahun itu.

Najib turut mendakwa dakwaan dalam buku tersebut telah mencemarkan reputasinya secara sengaja dengan mengaitkan namanya dalam pembunuhan Altantuya, sebelum buku itu diedarkan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Beliau juga menegaskan bahawa tuduhan dalam buku itu tidak berasas dan tiada bukti sahih.
Di hadapan Hakim Datuk Khadijah Idris, Najib menyatakan bahawa buku tersebut, termasuk versi e-book, diterbitkan pada sekitar Januari 2021, dan ia mencalarkan imejnya ketika kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih berlangsung.

Najib memfailkan saman fitnah terhadap Thomas pada 27 Oktober 2021, saman kedua terhadap bekas Peguam Negara itu selepas saman pertama yang difailkan pada 22 Oktober berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam kes 1MDB. Mahkamah akan meneruskan perbicaraan pada 30 Jun 2025. - Astro AWANI 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...