Skip to main content

Video Permaisuri Lari Anak Ketika Rakyat Malaysia Ajak Selfie 😍

PETALING JAYA – Kemesraan yang ditunjukkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah apabila diajak berswafoto bersama rakyat Malaysia di Masjidil Haram, Mekah, mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @naimeyjalil di akaun TikToknya, Permaisuri Agong yang dikawal ketat oleh askar Arab pada mulanya bertanyakan wanita itu berasal dari mana.

Sejurus wanita tersebut menjawab ‘Shah Alam’, Seri Paduka Baginda segera berlari-lari anak ketika dipanggil pengguna berkenaan untuk berswafoto.

Bukan itu sahaja, Permaisuri Agong turut mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ dan mendoakan agar wanita tersebut mendapat haji yang mabrur.

“Rezeki berjumpa di Masjidil Haram di pagi raya. Comel sangat tengok Raja Permaisuri Agong berlari bila rakyat ajak selfie (swafoto) sampai polis arab belakang sekali itu pun berlari sekali.

“Bangga sangat ada Permaisuri Agong yang begini,” tulisnya dalam video itu.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 816,600 tontonan, 76,500 tanda suka dan 2,841 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai memuji sikap rendah hati Seri Paduka Baginda yang begitu mesra menyapa rakyat tidak kira di mana berada.

“Terlampau humble (rendah diri) sangat. Dia (Permaisuri Agong) yang lari datang ke kita. Ada ke lagi permaisuri lain yang boleh buat sama macam ini,” komen Jules.

“Permaisuri ini sangat ‘sporting’, suka tengok Permaisuri. Lemah-lembut sangat orangnya,” komen Juena.

“Saya pula suka tengok, terharu dan gembira. Manisnya Permaisuri Agong tidak kira di mana pun masih boleh bertegur sapa,” komen Ina.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong dijadual berada di Kota Suci Madinah dan Mekah sehingga Sabtu ini bagi menunaikan ibadah Haji.

Terdahulu, Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua telah diadakan di Istana Negara, 21 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...