Skip to main content

Video Ibu Terkejut Bayi 3 Hari Angkat Kepala, Cuba Merangkak


PENNSYLVANIA: Seorang ibu terkejut apabila anak yang baharu tiga hari dilahirkannya mula mengangkat kepala dan cuba untuk merangkak.

Samantha Mitchell, 34, dari White Oak, Pennsylvania dan ibunya merakamkan saat luar biasa itu melalui kamera, ketika bayinya, Nyilah Daise Tzabari sedang berbaring di atas perut beliau di katil hospital.

Bayi perempuan itu dilihat menggeliat, membuat bising dan mengangkat kepalanya untuk beberapa saat sambil melihat sekeliling.

Dalam video yang dikongsi kepada TikTok, Samantha kedengaran bertanya kepada ibunya, "Adakah itu normal?" dan ibunya menjawab, "Tidak, dia berusia tiga hari."

"Ibu, dia merangkak! Bagaimana itu normal? Apakah yang berlaku!" kata Samantha.

"Tuhan, dia tidak seharusnya sekuat ini," balas ibunya dalam nada terkejut.

Samantha berkata, beliau segera merakam peristiwa yang menakjubkan itu kerana tahu rakan dan keluarga tidak akan mempercayainya, dan terkejut apabila anak sulungnya itu cuba merangkak selama satu minit.

Beliau merakam video berkenaan di hospital, dua setengah hari selepas melahirkan anak perempuannya itu.

Dalam klip video berkenaan, Nyilah Daise yang memakai lampin dilihat meletakkan tangannya di hadapan untuk menyokong badannya dan merangkak sambil mengangkat kepala.

Ibu Samantha yang ketika itu sedang duduk di bilik hospital bersamanya, kedengaran menjerit dalam keterujaan melihat cucunya itu.

Usia 3 bulan Nyilah Daise hampir mampu berdiri

Kini, pada usia tiga bulan, Samantha memaklumkan, bayinya itu sudah mampu berdiri dengan sokongan dan akan mula berjalan tidak lama lagi.

Bangga dengan anaknya, Samantha berkata, beliau berasa seperti tidak pernah mempunyai anak yang baru lahir dan setiap hari terkejut dengan kekuatan bayi perempuannya.

"Video itu memaparkan kali pertama saya melihat dia merangkak dan saya benar-benar terkejut. Saya mengasuh dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan kanak-kanak, dan saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini.

"Saya rasa saya tidak pernah bersama ramai bayi pada usia tiga hari, jadi ada banyak gangguan, namun saya tidak pernah melihat bayi seperti ini.

"Cara dia mengangkat kepalanya juga dan berbual (babbling) membuatkan saya begitu terkejut," katanya. - AGENSI
 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...