Skip to main content

MHO, PAKIN Gesa Perdana Menteri Wujudkan Jawatankuasa Pantau Isu Tanah Adat Sabah

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama  Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan sebuah jawatan kuasa berpusat bagi memantau isu tanah adat di Sabah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, jawatan kuasa itu penting atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Malaysia Madani kepada Sabah.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon Perdana Menteri memberi perhatian berhubung isu penindasan yang berlaku ke atas penduduk kampung tanah adat tersebut.

“Ketika ini penjelasan yang diterima oleh penduduk-penduduk kampung tersebut adalah tidak munasabah dan tidak menjawab persoalan yang membelenggu mereka. Kami turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa penduduk kampung ini dan sentiasa komited dalam membantu mencari penyelesaian yang bermanfaat dalam perkara ini.

“Kami juga berharap Ketua Menteri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur serta Perdana Menteri dapat memberi kerjasama baik dan memberikan pertimbangan serta budi bicara dalam mencari penyelesaian segera bagi menyelesaikan kemelut itu,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya difahamkan ada pihak, individu atau syarikat cuba mengambil kesempatan terhadap kesusahan, kesulitan serta kedaifan yang dihadapi oleh penduduk asal kampung tersebut.

Hishamuddin berkata, pihaknya turut mengemukakan cadangan bagi mengatasi isu itu termasuk memberi geran tanah individu kepada penduduk asal bagi menggantikan geran komunal yang diguna pakai di bawah Artikel 76 Ordinan Tanah Sabah.

Selain itu, katanya, pihaknya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah jawatan kuasa bagi mengawal selia pengurusan usahasama antara penduduk asal kampung dan syarikat.

“Kami juga mahu sistem pemberian tanah melalui sistem geran tanah individu atau geran tanah komunal dinaik taraf supaya lebih telus,” katanya.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN), Zakir Halim (Zack) sejak awal tahun ini, MHO bersama PAKIN mendedahkan salah laku dan permasalahan oleh penduduk kampung berhubung tanah adat di Sabah terutama di daerah Tongod, Kunak, Kundasang, Nabawan dan Keningau. – UTUSAN

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...