Skip to main content

Apa Jadi Dengan Kes Kutu Sapiza Saving Extra? Ada Cubaan Desak Mangsa Tarik Laporan Polis


KUALA LUMPUR: Mangsa pelaburan kutu 'Sapiza Saving Extra' merayu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci ke atas sindiket penipuan berkenaan, seterusnya membawa dalangnya ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, MHO, MCCC dan PAKIN bersama mewakili 40 mangsa sindiket tampil menyerahkan surat permohonan kepada PDRM bagi memohon status perkembangan siasatan, semalam.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata walaupun laporan sudah dibuat kumpulan mangsa pada Februari lalu, namun sehingga kini mereka tidak dimaklumkan perkembangan siasatan kes itu.

"Mangsa mempunyai hak mengikut Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah untuk mengetahui perkembangan terbaru berhubung siasatan polis berkaitan kes itu.

"Mereka juga bersedia memberi keterangan dan dokumen tambahan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi membantu polis meneruskan siasatan," katanya pada sidang media di pejabat JSJK Bukit Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, Hishamuddin menyerahkan surat permohonan perhatian dan tindakan berhubung kes itu kepada JSJK Bukit Aman diwakili Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali.

Hishamuddin berkata, ada cubaan daripada pihak ketiga yang mendesak mangsa menarik semula laporan polis dan perkara itu dibimbangi boleh merencatkan siasatan.

"Kita berasakan perlu ada keperluan untuk polis memberikan perkembangan siasatan selepas kita dimaklumkan terdapat tangkapan ke atas suspek kes ini dilakukan.

"Bagaimanapun, sehingga kini tiada pendakwaan dijalankan ke atas dalang atau suspek lain dalam kes ini, yang meresahkan semua mangsa mengenai nasib mereka," katanya.

Justeru, pihaknya mendesak JSJK meneruskan siasatan dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak serta kertas siasatan diselesaikan dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan.

Sementara itu, seorang mangsa dikenali sebagai Acu, 40-an, berasal dari Johor Bahru, Johor, berkata beliau kerugian lebih RM30,000 selepas menyertai pelaburan kutu yang dipromosikan rakan pada 2021.

"Mula-mula saya melabur RM500 dan mendapat pulangan keuntungan secara konsisten RM150.

"Pada beberapa bulan pertama, saya mendapat keuntungan hampir 30 peratus, namun suspek gagal memberikan pulangan sebaik membuat pelaburan besar pada September tahun lalu.

"Saya dan beberapa mangsa lain cuba menghubungi suspek, namun mereka memberikan pelbagai alasan sehingga kami mendapatkan bantuan MHO berkaitan kes ini," katanya.

Februari lalu, media melaporkan 60 mangsa tampil membuat aduan kepada MHO dan daripada jumlah itu, seramai 30 mangsa sudah membuat laporan polis.

Modus operandi skim kutu digelar 'Ekstra Saving Sapiza' adalah menampilkan iklan menarik di pelbagai platform media sosial dengan menjanjikan pulangan lumayan antara 10 hingga 60 peratus daripada wang dilaburkan.

Skim pelaburan kutu itu hingga kini sudah menyebabkan kerugian dianggarkan RM50 juta dipercayai membabitkan lebih 1,000 mangsa di seluruh negara.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan 12 Februari lalu berkata, seramai lapan individu termasuk dalang utama sindiket berkenaan ditahan sejak 27 Januari lalu.

Katanya, suspek membabitkan dua lelaki dan enam wanita berusia dalam lingkungan 31 hingga 37 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan.

Noorsiah berkata, sebanyak 116 laporan polis diterima membabitkan nilai kerugian berjumlah RM4.4 juta dan sindiket mula aktif sejak 2015 dengan menawarkan simpanan berasaskan 'permainan kutu'.

Namun bermula 2021, skim ini mula menawarkan beberapa pelan simpanan baharu iaitu pelan serendah RM250 sehingga RM20,000 merangkumi tempoh simpanan antara dua hingga lima bulan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...