Skip to main content

5 Sekeluarga Termasuk 2 Pelajar Sekolah Ditahan Memiliki Pistol Dan Dadah


KOTA BHARU: Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok, pada Selasa (30 Mei) lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, turut dirampas dalam operasi Op Tapis itu, sebanyak 925 pil kuda bernilai RM10,472 bersama sebuah kereta dan barangan kemas yang masing-masing bernilai RM10,800.


Muhamad Zaki berkata, kesemua suspek terbabit yang terdiri daripada tiga penganggur dan dua pelajar sekolah merupakan rakyat tempatan dan dua daripadanya adalah warganegara Thailand.
 
"Kelima-lima suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing menunjukkan seorang daripadanya positif dadah.

"Suspek telah direman bermula 31 Mei sehingga 13 Jun ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (PLB) dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1971.

Dalam perkembangan berkaitan, polis turut menahan pasangan kekasih yang turut memiliki dadah dalam satu serbuan di Kuala Krai pada 5 Jun lepas.

Menurut Muhamad Zaki, polis turut merampas dadah jenis pil kuda sebanyak 5,070 biji, syabu seberat 88.80 gram serta ganja seberat 21.50 gram selain pil ekstasi yang keseluruhannya bernilai RM69,401.

Katanya, sebuah kenderaan bersama dua buah motosikal bernilai RM95,000 turut dirampas di bawah Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988.

Tambahnya, suspek lelaki merupakan peniaga baju dan memiliki enam rekod jenayah lampau di bawah kesalahan narkotik manakala pasangannya tidak bekerja dan memiliki lima rekod jenayah lampau di bawah kesalahan jenayah narkotik.

Katanya lagi, pasangan yang masing-masing berusia 27 dan 21 tahun itu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) bermula 6 Jun hingga 12 Jun ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952. - Astro AWANI 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...