Skip to main content

Wanita Disyaki Dirogol Ditemukan Trauma Tepi Jalan


Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan trauma dan cedera di sekitar Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan orang awam yang kemudian membuat laporan polis.

"Sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Senam bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.

"Hasil siasatan awal, mangsa seorang wanita warga tempatan telah dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki suspek warga tempatan yang tidak dikenali, mangsa berjaya melarikan diri dari tempat kejadian setelah dirogol dan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Yahaya berkata polis memberkas lelaki tempatan berumur 43 tahun itu di rumah mangsa dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing.

Hasil semakan polis, beliau berkata suspek memiliki beberapa rekod jenayah narkotik lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan pihak polis mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula 9 hingga 25 April untuk siasatan lanjut," katanya. - Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut