Skip to main content

NGO Bersama 500 Mangsa Penipuan Pelaburan Hantar Laporan Ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


KUALA LUMPUR: Seramai 500 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan dipercayai mencecah RM1 bilion menghantar laporan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini bagi membolehkan agensi itu menyiasat syarikat-syarikat disyaki melakukan pecah amanah dan menipu duit pelaburan orang ramai.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata aduan berkenaan melibatkan beberapa syarikat pelaburan yang menawarkan skim pelaburan kepada orang ramai dengan kadar dividen dan pulangan lumayan.

Beliau berkata syarikat-syarikat terbabit turut menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, sedangkan tokoh-tokoh berkenaan tidak terlibat langsung dengan skim pelaburan itu.

"Mangsa percaya dengan tawaran yang dijanjikan namun syarikat-syarikat ini tidak membuat sebarang bayaran atau pulangan kepada mangsa.

"Ada yang melabur RM100,000, RM250,000 hingga jutaan ringgit.

"Kebanyakan mangsa menggunakan wang persaraan dan wang simpanan untuk melabur," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan aduan kepada SC di sini hari ini.

Beliau berkata laporan kepada SC adalah langkah kedua setelah pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, bulan lepas.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan meminta SC meneliti aduan-aduan tersebut dan melakukan siasatan.

"Saya harap mereka yang terlibat dapat didakwa di mahkamah sekiranya wujud kesalahan yang dilakukan. Saya juga memohon wang para pelabur ini dipulangkan sekiranya terdapat wang di dalam akaun bank syarikat berkenaan," katanya.

Hadir sama Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Insan Malaysian (PAKIN), Tuan Zakir Halim (Zack)

Seorang mangsa, Harun Mohd Yunus, 63, yang kerugian RM250,000 berkata beliau pada mulanya mendapat pulangan lebih RM6,000 selama empat bulan sejak menyertai satu skim pelaburan pada Oktober 2021.

"Kemudian tak dapat dah, alasannya mereka (syarikat) menghadapi masalah dan terus senyap selepas itu. Mereka cakap akan pulangkan semula wang pelaburan selepas dua bulan, namun tiada," katanya.
Suri rumah yang ingin dikenali sebagai Anisa Talib mendakwa kerugian lebih RM100,000 yang merupakan wang simpanannya bersama-sama anak-anak.

Katanya ekoran kejadian itu, beliau mengalami masalah kesihatan dan pergolakan rumah tangga.
-- BERNAMA

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...