Skip to main content

100 Laporan Polis Telah Dibuat Kes Penipuan Aplikasi Dalam Talian Akibatkan Kerugian Hampir RM5 Juta


Kuala Lumpur: Akibat tertarik dengan ganjaran satu aplikasi dalam talian yang menawarkan baucer atau e-ganjaran, mangsa terpedaya membabitkan kerugian hampir RM5 juta.

Difahamkan, sebanyak 100 laporan polis dibuat mangsa bagi menuntut keadilan selain membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sindiket penipuan berkenaan.

Kakitangan kerajaan yang mahu dikenali Rafik, 40, berkata, dia kerugian lebih RM70,000 selepas menyertai aplikasi perkhidmatan itu pada 2021, apabila diperkenalkan oleh rakan.

Menurutnya, sebelum itu dia merujuk kepada seorang agamawan yang menjadi antara duta syarikat aplikasi berkenaan bagi mendapatkan kesahihan.

“Saya lihat aplikasi itu menawarkan penjimatan dan ganjaran sehingga 50 peratus bagi setiap pembelian di kedai tersenarai.

“Jadi saya bimbang sekiranya ia melanggar syariat Islam. Tapi apabila agamawan itu mengesahkan ia harus dalam muamalat lalu saya menyertainya tanpa fikir panjang lagi.

“Saya sempat menggunakan aplikasi itu selama setahun sebelum mengalami masalah dan ketika itu saya sedar sudah ditipu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN Malaysia) Zack Pakin, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim.

Sementara itu, guru muzik yang enggan dikenali berusia 40 tahun yang kerugian lebih RM30,000 berkata, dia menyertai aplikasi perkhidmatan dalam talian itu selepas diperkenalkan ahli keluarga.

Dia tertarik kerana aplikasi itu mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan termasuk pasar raya terkemuka dan menawarkan ganjaran mata bagi setiap pembelian yang boleh ditukar semula kepada wang.

“Bagi seorang ibu kepada tiga anak, sudah tentu saya mahu berjimat dalam perbelanjaan harian. Saya dapat membeli barangan keperluan di pasar raya pada harga lebih murah apabila menggunakan aplikasi itu.

“Tapi tak sangka pula, selepas beberapa bulan menggunakannya aplikasi itu mula berdepan masalah sehinggalah kesemua wang dan ganjaran dibekukan dan aplikasi tidak dapat digunakan lagi bermula Januari lalu,” katanya.

Wanita terbabit yang berasa tertipu turut membuat laporan polis dan berharap siasatan dijalankan sekaligus membela nasib ribuan mangsa yang ditipu.

Sementara itu, Musa berkata, beliau yakin ia satu penipuan dan memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat serta mengambil tindakan terhadap sindiket yang menggunakan nama orang kenamaan bagi menarik orang ramai menyertai mereka.

Beliau berkata, PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) perlu meneliti laporan polis dibuat dan menahan individu terbabit.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebuah syarikat menjalankan aktiviti skim piramid dan penjualan pakej tertentu menerusi aplikasi dalam talian dikesan MHO selepas beberapa mangsa tampil membuat aduan.

Syarikat itu dikesan menggunakan taktik menawarkan baucar yang boleh digunakan bagi pembelian barangan peribadi di premis terpilih dengan ganjaran menarik dan penjimatan sehingga 50 peratus termasuk pengisian petrol.-HARIAN METRO

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...