Skip to main content

Nad Zainal Sudah Boleh Bercakap Walaupun Dalam Keadaan Lemah - Ungku


Hari demi hari keadaan kesihatan Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif selain dia sudah tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan, kata pelakon Ungku Ismail.

Berkongsi perkembangan rakannya itu, Ungku memberitahu bahawa Nad sudah boleh bercakap walaupun dalam keadaan lemah.

Bagaimanapun menurutnya, Nad masih berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk pengawasan lanjut.

“Alhamdulillah hari demi hari banyak perkembangan. Pemulihan menunjukkan perkembangan baik. Hingga 5.30 pagi (semalam) dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan.

“Namun, jika berlaku apa-apa, mungkin doktor akan lancarkan prosedur lain untuk pastikan oksigen sentiasa cukup. Nad sudah boleh bercakap, tapi suaranya perlahan.

“Dia juga sudah boleh pegang telefon tapi tak boleh menaip kerana badannya masih lemah. Badannya sekejap baik dan kadang-kala demam,” katanya di Instagram malam tadi.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Dalam hantaran sama, Ungku, 36, meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham mengenai keadaan Nad ketika ini.

Katanya, spekulasi tersebut tidak wajar dibiarkan melarat dan seterusnya memberi ancaman serta mendatangkan mudarat kepada keluarga Nad.

“Sudah-sudahlah buat spekulasi tentang apa yang menyebabkan penyakit dia. Sama ada long Covid, masalah buah pinggang... semua itu tak keluar dari mulut doktor. Itu hanya semua telahan awal.

“Mungkin ada yang bercakap nak bagi pendapat tapi ada orang lain pula anggap ia benar. Sepanjang saya bersama doktor, situasi Nad tiada kena mengena dengan apa dia makan.

“Perkara begini tak perlu diteruskan kerana merosakkan perniagaan orang lain. Tolong hentikan. Kami perlukan doa anda lebih dari segalanya,” ujarnya.

Mengulas mengenai kutipan derma kilat yang dilancarkan baru-baru ini, Ungku berkata, sumbangan itu adalah inisiatif bagi membantu keluarga Nad.

“Sumbangan itu adalah inisiatif saya, rakan-rakan dan peminat. Ada kata kononnya Nad tiada insurans... saya tak pernah katakan begitu.

“Saya berusaha untuk menjaga nama keluarga Nad agar tak tercalar. Janganlah susahkan keluarga Nad dan rakan-rakannya yang sedang bersedih,” tambahnya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...