Skip to main content

Sambutan Luar Biasa Daripada Orang Ramai Program Malam Cinta Rasul

Dari kiri Pengerusi PAKIN Malaysia, Zakir Halim bersama
Pengerusi ACT Malaysia, Muhammad Fazil Mohd Dali 

SERDANG: Menzahirkan rasa rindu, cinta dan kasih kepada Rasulullah, Nabi Muhammad SAW tidak semestinya hanya dilakukan ketika Maulidur Rasul, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sebenarnya.

Itulah yang dilakukan lebih 5,000 umat Islam yang bersemangat menyertai Malam Cinta Rasul (MCR) anjuran Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia baru-baru ini.

Meskipun hujan lebat namun ia tidak menghalang mereka untuk memenuhi Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia (UPM) seawal jam 6 petang lagi.
 
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia, Muhammad Fazil Mohd Dali mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa daripada orang ramai kerana hujan lebat berterusan sebelum program bermula.

“Dewan Banquet yang boleh memuatkan 3,000 orang telah dipenuhi semasa Solat Maghrib manakala pihak penganjur juga menyediakan khemah besar di luar kawasan dewan bagi menampung 2,000 orang lagi pengunjung.

“Malam Cinta Rasul yang diadakan pada kali ini merupakan kesinambungan daripada program yang pertama kali diadakan pada tahun 2020 di lokasi yang sama.

“Melihat pada sambutan luar biasa, kami berhasrat untuk menganjurkan program seterusnya di lokasi yang lebih besar bagi memuatkan lebih ramai pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Tambahnya, program tersebut merupakan anjuran bersama gabungan 42 NGO dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan Pengerusi MITB, Datuk Hishamuddin Abdul Karim turut sama hadir pada malam itu.

MCR pada tahun ini turut menampilkan tokoh agama terkenal seperti Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Ustaz Abu Zaki, Ustaz Najmuddin Osman, Ustaz Wan Helmi Al Hafiz dan beberapa tokoh agama. - Astro Awani

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...