Skip to main content

Lelaki Tak Pakai Pelitup Muka Di Stesen Minyak Terima Padah


Lelaki yang tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak dan mempertikai tugas polis yang mengeluarkan kompaun kepadanya dalam satu video yang tular semalam, direman empat hari bermula hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Suspek berusia 29 tahun itu, yang ditahan polis di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara di Petaling Jaya, Selangor malam tadi, dibawa ke mahkamah dan diwakili peguam Rahmat Hazlan, menurut laporan itu lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat semalam.

"Hasil siasatan ke atas rakaman video tersebut mendapati kejadian berlaku pada 19 Julai kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari, di sebuah stesen minyak di Sri Damansara.

"Lelaki warga tempatan itu telah dikompaun oleh polis atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam," katanya dalam kenyataan.

Merujuk video tersebut, Fakhrudin berkata lelaki itu dipaparkan enggan memberi kerjasama dan membuat provokasi dengan mempertikai tindakan polis yang mengeluarkan kompaun terhadapnya.

"Dia juga telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam," katanya lagi.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberikan kerjasama kepada polis semasa menjalankan tuga, Seksyen 504 Kanun Keseksan kerana dengans engaja mengaibkan polis dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana meluarkan rakaman tersebut di media sosial dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam," katanya lagi.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...