Skip to main content

Polis Akan Pantau Orang Ramai Yang Ingkar Pakai Face Mask

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor memberi amaran kepada orang ramai agar memakai pelitup muka di tempat-tempat awam dan jika ingkar pihak polis tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan kompaun serta-merta.

Polis akan terus memantau pergerakan orang ramai di tempat-tempat awam bagi memastikan mereka memakai pelitup muka dan tindakan undang-undang yang dikenakan juga adalah subjektif, bergantung kepada budi bicara anggota di lapangan.

Namun, katanya jika dilihat individu terbabit sengaja ingkar prosedur operasi standard (SOP), polis akan laksanakan tindakan kompaun tanpa kompromi.

“Asasnya, dua situasi iaitu berada di tempat awam dan menaiki pengangkutan awam. Bagi tempat-tempat lain, bergantung pada budi bicara anggota di lapangan.

“Saya tidak boleh ulas satu-satu, kena lihat juga situasi, sama ada ia boleh menjadi punca penularan. Jadi saya nasihatkan pakailah pelitup muka seperti yang diarahkan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, premis pusat hiburan dan aktiviti hiburan adalah kekal tidak boleh beroperasi.

Terdahulu, kerajaan telah menetapkan pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum bermula 1 Ogos lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID-19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
Ingat pada situasi berikut:

Wajib pakai di tempat awam yang sesak, jika kawasan tersebut tidak sesak, maka tidak diwajibkan (contohnya, jika di lokasi terbuka yang tiada kehadiran orang lain)

Wajib pakai jika menaiki pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.

Wajib pakai jika memasuki pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya.

Wajib pakai jika berada dalam ruang tertutup yang bercampur orang ramai, seperti panggung wayang, lif, dan ruang seumpamanya.

Tidak diwajibkan memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian, yang dinaiki ahli keluarga, atau teman kerja yang dikenali.

Tiada tindakan saman akan dikenakan kepada pengguna yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan memakai pelitup muka, namun pada masa yang sama tidak dibenarkan dibawa ke tempat awam yang sesak.

Tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...