Skip to main content

Muhyiddin Perlu Bubarkan Bersatu Sebelum Sertai Muafakat Nasional - Exco Pemuda UMNO


Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn beri cadangan agar perlu bubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana Bersatu kini sudah pecah kepada dua kumpulan akibat parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cadangan ini dibuat susulan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menyertai Muafakat Nasional (MN) bersama-sama UMNO dan PAS

Bastien Onn juga bercadang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong
Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki UMNO sebelum menyertai Muafakat Nasional (MN).

Menurut laporan Astro AWANI, Bastien Onn berkata UMNO sedia menerima Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli-ahli parti itu dengan hati terbuka.

"Tengok perlembagaan parti mereka, hampir sama dengan UMNO. Apa ertinya mereka masuk Muafakat Nasional (MN), baik mereka ini yang tinggal masuk dalam UMNO dan berjuang kepada kedudukan orang Melayu dalam kerajaan yang lebih baik.

"Melayu yang berpecah-belah mengurangkan penawaran kita kepada Malaysia, itu yang saya katakan bila minta Muhyiddin (masuk UMNO) dan kita dalam UMNO akan menerima dengan hati yang terbuka kerana asalnya Muhyiddin adalah dalam UMNO, beliau bukan lompat, beliau dipecat. Ada beza itu.

"Sebab itu saya kata bahawa sekiranya masuk ke dalam UMNO kita sama-sama boleh perjuangkan kedudukan orang Melayu.

Saya percaya kalau dia mempunyai hasrat itu, UMNO akan terima dengan hati yang terbuka.

Ini bukan soal kita rasa tidak baik untuk Tan Sri Muhyiddin, ini cadangan lebih baik, saya percaya akar umbi UMNO bila kita beri keterangan mereka akan terima keadaan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan sokongan penuh dengan keputusan Bersatu untuk menyertai MN yang diasaskan UMNO dan Pas.

Jelas Takiyuddin, penyertaan UMNO, Pas dan Bersatu bukan sahaja akan mewujudkan suatu gagasan besar 'Melayu Raya' sebaliknya juga memperkasakan struktur masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya.

Dalam pada itu, penganalisis politik yang juga felo penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, UMNO boleh menolak kemasukan Bersatu ke dalam MN melalui usul yang diperoleh dari persidangan cawangan dan bahagian parti itu yang sedang berlangsung sekarang.

Tegasnya, usul itu kelak seharusnya dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO untuk dipersetujui melalui saluran sepatutnya.

"Pandangan akar umbi atau suara bawahan perlu diambil kira dan golongan bawahan sepatutnya memanfaatkan persidangan cawangan dan bahagian yang sedang berjalan untuk menyuarakan usul bahawa mereka tidak mahu menerima Bersatu itu masuk itu masuk MN tetapi sebaliknya mahu Bersatu bubar dan masuk UMNO kembali. Itu mungkin boleh jadi usul.

"Usul kedua pula, mereka menolak secara total kemasukan Bersatu. Apa yang perlu dilakukan oleh golongan bawahan dan akar umbi ialah menyuarakan pendapat mereka, menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada usul di dalam persidangan cawangan atau bahagian.

"Jadi, kita boleh menentang, tetapi ia haruslah melalui saluran-saluran yang dibenarkan di dalam parti," katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan, Muhyiddin perlu kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu, kata

Menurut Nazri, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...