Makcik Gelang pink Didenda Dan Dipenjara


IPOH: Makcik gelang pink’ yang tular kerana ingkar arahan kuarantin dengan makan di sebuah kafe di Bandar Meru dipenjara sehari dan didenda RM8,000 hari ini kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dalam tempoh kuarantin wajib.Keputusan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Wanita yang dikenali sebagai 'makcik gelang pink' itu didakwa melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian yang dikeluarkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan dia di bawah arahan kuarantin COVID-19.

Pada 29 Julai lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menghentikan siasatan berkaitan kes itu.

Cawangan Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dalam nota kepada media mengingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).