Skip to main content

Kluster Sivagangga: Penduduk Nak Saman Tauke Nasi Kandar Salleh


SERAMAI 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas akan memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh bagi menuntut kerugian yang dialami selepas mencetuskan kluster Sivagangga.

Tindakan itu diambil sebagai langkah dalam menuntut semula kerugian yang dialami termasuk kesan terhadap psikologi penduduk selepas pemilik restoran terbabit menjadi punca ataupun kes indeks bagi Kluster PUI Sivagangga.

Menurut Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, pihaknya telah berjaya mengumpulkan lebih 100 orang individu yang mahu berbuat demikian selepas menerima nasihat peguam dalam menfailkan saman ke atas pemilik restoran terbabit.

Antaranya ialah penduduk yang tinggal di kawasan sekitar restoran, peniaga-peniaga kedai runcit, enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO),serta pemandu dan syarikat lori yang menggunakan laluan Lebuh Raya Utara Selatan melalui jalan Napoh-Changlun.

Bagaimanapun, jelas beliau, dalam memberikan bantuan khidmat guaman bagi proses memfailkan saman terbabit, keutamaan akan diberikan kepada penduduk sekitar terlebih dahulu.

Sejak beberapa hari lalu, CAKE kataya, sudah mendapatkan salinan kad pengenalan diri dan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia daripada penduduk dan peniaga yang mahu menyaman pengusaha nasi kandar berkenaan.

"Kami (jawatankuasa yang menguruskan saman) sudah mula kumpul (nama) dengan anggaran kerugian setiap seorang sebanyak RM14,000.

"Saya juga dapat panggilan ada pengusaha lori yang apa bawa barang essential (penting) terjejas disebabkan ada laluan yang ditutup. Kata mereka ada perjalanan (penghantaran barangan) yang tidak dibenarkan oleh polis. Ini menyebabkan syarikat-syarikat pengusaha lori akan turut menyaman," katanya. kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Tambah Yusrizal, pihaknya turut menjangkakan lebih ramai pihak terutama penduduk dan peniaga khususnya yang tinggal berdekatan atau bersempadan dengan kawasan TEMCO turut akan melakukan perkara sama dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, pihak CAKE turut menyambut baik keputusan hukuman yang dijatuhkan keatas pemilik restoren terbabit pada Khamis.

Hukuman itu disifatkan CAKE, dapat memberi pengajaran kepada semua orang agar tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus COVID-19 merebak.

Pada Khamis, pemilik restoran Nasi Kandar Salleh yang beroperasi di pekan Napoh dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000.

Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 tahun, didapati bersalah ke atas pertuduhan mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib pada 14 Julai lalu. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...