Skip to main content

Akhirnya! Tun Mahathir Umum Nama Parti Baru


BEKAS Pedana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan nama parti politik baharu berasaskan kepada perjuangan Melayu yang diberi nama "Pejuang"

Dr Mahathir berkata, parti yang masih belum didaftarkan, tidak akan terikat dengan pembangkang Pakatan Harapan dan juga Perikatan Nasional.

“Parti yang berasaskan kepada perjuangan Melayu ini akan menjadi parti bebas dan akan menegakkan perjuangan awal memerangi rasuah.

Tun Dr Mahathir mendedahkan perkara itu dalam catatan di blog, dalam gaya seakan-akan sajak, sebentar tadi.

Setakat ini belum jelas sama ada ia hanya menggunakan Pejuang sebagai nama penuh atau hanya singkatan bagi perkataan tertentu.

Mahathir pada 7 Ogos lalu mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru akan berasaskan perjuangan Melayu dan pribumi, seperti Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.

Langkah itu diambil setelah usaha mencabar pemecatannya sebagai pengerusi Bersatu, bersama beberapa lagi anggota parlimen yang menyokongnya, di mahkamah dilihat melalui jalan sukar.

Mahathir berucap dalam acara Bersatu di Sedang, Selangor pada 2019, gambar hiasan

Mahathir berucap dalam Perhimpunan Agung Bersatu di Serdang, Selangor pada Julai 2019.

Dia, yang sekarang menjadi sebahagian daripada blok bebas di parlimen, berkata parti itu tidak akan terikat dengan PH mahupun PN.

Parti itu buat sementara waktu akan diterajui oleh Mahathir sebagai pengerusi dan bekas timbalan presiden Bersatu Mukhriz, yang juga anaknya, sebagai presiden.

Sementara itu, dalam tulisan bertajuk “Parti baharu – Pejuang”, Mahathir berkata parti itu ditubuhkan atas kesedaran bahawa rasuah akan menghancurkan bangsa dan orang Melayu.

Dia berkata parti yang ditubuhkan sebelum ini, iaitu Bersatu, “telah dirampas untuk selamatkan musuh kita”.

“(Bersatu) ditubuh untuk hapuskan kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat kleptokrat,” katanya. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...