Skip to main content

Warga Emas Berusia 60 Tahun Dicekup Jual Makanan Kepada Orang Islam

Warga emas jual makanan kepada kaki ponteng puasa dicekup ...
ALOR SETAR: Tindakan seorang lelaki yang menjual makanan siap dibungkus dan diletakkan di tempat duduk belakang kenderaannya yang di parkir di satu kawasan di Simpang Empat setiap pagi mengundang padah apabila dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam operasi Ops Ramadan hari ini.

Dalam operasi jam 10.15 pagi itu, lelaki berusia 60 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan dengan menjual makanan bungkus itu untuk kaki ponteng puasa seawal jam 8.30 pagi sejak awal Ramadan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan maklumat awam yang diterima, sepasukan dari 10 anggotanya melakukan serbuan di lokasi terbabit dan mendapati lelaki itu sedang menunggu pelanggan.

Beliau berkata, ketika itu ada seorang pelanggan baru hendak membeli makanan di situ namun berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggotanya di situ.

"Berikutan itu, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut kerana menjual makanan bungkus kepada orang Islam yang tidak berpuasa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya di sini hari ini.

Radzi berkata, modus operandi yang dilakukan lelaki itu ialah dengan siap membungkus nasi dan lauk sebelum memasukkan dalam plastik hitam dan menjualnya kepada pelanggan yang datang.

Dalam serbuan berasingan di kedai makan bukan Islam, seorang lelaki berusia 50 tahun tidak sempat minum air sebelum dia disoal siasat anggota penguatkuasa JAIK kerana tidak berpuasa.

Radzi berkata, lelaki itu memberi alasan baru pulang dari meracun rumput di sawah dan singgah di situ untuk minum.

Bagaimanapun katanya, pihaknya hanya memberi amaran kepada lelaki itu supaya beredar dari kedai makan berkenaan untuk mengelak dari ditangkap.

"Operasi berakhir jam 11.30 pagi tadi dan kita hanya memberi notis kepada lelaki yang ditahan kerana mengambil langkah pencegahan stardart operasi untuk mengelak jangkitan Covid-19.

"Kita akan melakukan operasi dari masa ke semasa untuk membendung kegiatan mereka yang menjual makanan kepada kaki ponteng puasa dan mereka yang tidak berpuasa di negeri ini kerana tidak menghormati bulan Ramadan," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...