Skip to main content

Terpaksa Tinggal Di Pondok, Bapa (OKU) Tidak Dapat Sediakan Rumah Untuk Anak-Anak 😭

Hanya mampu duduk dalam pondok | Wilayah | Berita Harian
BALING: Akibat kesempitan hidup seorang bapa orang kelainan upaya (OKU) tidak dapat menyediakan kediaman selesa kepada keluarga, sehingga terpaksa tinggal di pondok di Kampung Kembai Dalam, Kuala Ketil, sejak setahun lalu.

Fauzi Majit, 34, berkata tiang pondok itu dibina menggunakan kayu yang dikutip di kawasan hutan dan dindingnya hanya menggunakan bahan terbuang yang dikutip di kawasan sekitar.

Dia yang bekerja menjaga ladang sawit berdekatan berkata, pendapatannya yang tidak seberapa menyebabkannya tidak dapat mencari kediaman selesa untuk isteri, Siti Nurulliana Mohamad Nasir, 27, serta dua anak, Nur Nadia Nasuha, 8, dan Mohd Nor Aidil Aiman, 7.

"Saya tidak dapat mengumpul wang kerana perlu menanggung keluarga sehingga terpaksa membina pondok sebagai tempat berteduh dengan bekalan elektrik dan air diambil dari rumah ayah yang tinggal bersebelahan.

"Kalau cuaca hujan atau angin kuat, kami akan lari ke rumah ayah kerana bimbang bumbung pondok yang menggunakan zink terbuang diterbangkan ribut," katanya ketika ditemui petang semalam.

Fauzi berkata, selain mendapat upah bekerja di ladang sawit, dia turut menerima wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Sementara itu nasib empat beranak itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Baling, yang menziarahi mereka dan bersetuju membina rumah baharu di tapak sedia ada.

Abdul Azeez berkata, sejak awal Ramadan ini, pihaknya sudah berjanji membantu membina tiga rumah baharu bagi keluarga daif sekitar daerah ini.

Beliau berkata, apabila melihat anak kecil membesar dalam keadaan tempat tinggal yang daif, hatinya tersentuh dengan keadaan yang terpaksa dilalui mereka setiap hari.

"Saya akan berusaha mencari peruntukan daripada rakan ahli korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan supaya dapat membantu penduduk miskin.

"Tempat tinggal adalah menjadi keutamaan dalam kehidupan setiap keluarga, jadi saya akan berusaha sedaya upaya mencari dana secukupnya," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...