Skip to main content

Tolong Jaga Mak Dan Abah Ya." Pesanan Terakhir Arwah Sebelum Meninggal 😭😭

Jururawat meninggal dunia akibat Covid-19
MUAR: "Tolong jaga emak dan abah ya." Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, tengah malam tadi.

Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF itu meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Adiknya, Nabiha, 26, berkata pesanan terakhir kakak sulungnya itu disampaikan menerusi telefon sehari selepas dimasukkan ke ICU pada 7 April lalu.

Katanya, Allahyarham ketika itu menelefon ibu mereka, Rodiah Mohd Don, 57, bagi memaklumkan keadaannya kerana perlu dirawat di ICU namun berikutan mereka sekeluarga berada dalam kenderaan kerana baru selesai melakukan saringan COVID-19 menyebabkan suara kakaknya itu tidak didengari ibunya.

"Ibu menyerahkan semula telefon kepada saya sebelum kakak berpesan supaya sentiasa jaga emak dan ayah. Kakak berkata selepas ini beliau akan 'ditidurkan' di ICU bagi memasukkan ubat ke dalam badannya.

"Ketika itu sudah terdetik rasa sayu namun saya tidak sampai hati untuk memaklumkan emak dan abah kerana tidak mahu mereka susah hati.

"Itulah kali terakhir kakak bercakap dengan ibu dan saya sebelum menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi, " katanya sebak ketika dihubungi.

Jenazah Nadila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serom 1, Sungai Mati, Tangkak, Muar, tengah hari tadi.

Mengulas lanjut, Nabiha berkata, Nadila sudah 10 tahun menjadi jururawat dan bertugas di HPSF Muar.

Katanya, kakak seorang yang ceria namun jarang berkongsi masalahnya dengan keluarga berikutan tidak mahu mereka bimbang.

"Kakak sudah mula tidak sihat awal April lalu dengan batuk dan tidak berselera makan, namun kami tidak mengesyaki apa-apa.

"Kakak hanya maklumkan kepada keluarga beliau perlu menjalani kuarantin kerana menjadi suspek jangkitan COVID-19 hanya di saat akhir sebelum pergi ke pusat kuarantin di Pagoh pagi pagi 5 April lalu.

"Itulah kali terakhir kami sekeluarga bertemu kakak.

"Beliau meminta emak membantu mencari beg pakaian namun menegah ibu datang berhampirannya ketika mahu menolongnya mengemas pakaian.

"Ketika itu emak sudah berasa tidak sedap hati namun seperti kakak, emak hanya memendam saja perasaan sedihnya itu sehinggalah kakak perlu dimasukkan ke ICU 7 April lalu," katanya.

Beliau berkata, keluarganya terutama bapa mereka, Rahmat Johan, 65, dan emak sering melakukan solat hajat dan membaca surah Yassin bagi mendoakan kakak sembuh seperti biasa.

"Namun malam tadi, apa yang kami sekeluarga takuti terjadi juga apabila hospital dan doktor menghubungi keluarga kira-kira jam 10.30 malam menyatakan keadaan kakak semakin tidak stabil," katanya.

Panggilan kedua dari hospital memaklumkan kakak semakin kritikal dan meminta keluarga bersedia apa jua kemungkinan dan panggilan ketiga, pula memaklumkan kakak sudah meninggal dunia.

"Keluarga kami reda dengan pemergian kakak namun kami kehilangan seorang kakak yang suka berbakti kepada keluarga dan masyarakat dan tidak lagi dapat menyaksikan keletahnya menyediakan hidangan berbuka puasa seperti selalu, " katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...