Skip to main content

Masih Ada Yang Degil Tunai Solat Jemaah Di Masjid

KOTA BHARU – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki Fasa Ketiga, terdapat segelintir penduduk di Kelantan yang masih ingkar terhadap arahan dikuatkuasakan kerajaan dengan menunaikan solat jemaah di masjid dan surau.

Sikap degil tersebut didedahkan dalam Facebook rasmi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan semalam, yang memaparkan beberapa keping gambar mengenai tindakan segelintir penduduk di satu lokasi di negeri berkenaan dilihat masih tidak prihatin dengan larangan kerajaan itu yang tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan termasuk solat jemaah selain perlu mengamalkan penjarakan sosial.

Menurut kenyataan di laman tersebut, seramai tujuh orang Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dan seorang pemandu telah membuat pemantauan serta pemerhatian di lokasi tersebut dan mendapati sembilan orang makmum bersama seorang imam berada dalam masjid tersebut dipercayai sedang menunaikan solat Isyak.

Setelah mereka selesai menunaikan solat tersebut, para jemaah itu telah diberikan taklimat ringkas serta amaran supaya mematuhi arahan pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Dalam pada itu, tali rentang juga telah dipasang di kawasan sekitar masjid sebagai peringatan kepada orang awam supaya tidak berkumpul di masjid termasuk untuk solat berjemaah.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan terus menjalankan operasi pemeriksaan dan bertindak segera terhadap aduan dikemukakan orang ramai.

Melalui perkongsian di Facebook sama, Jaheik turut memberi penegasan tegas akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan warga masjid dan surau sentiasa mematuhi arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh MAIK berdasarkan saranan kerajaan susulan wabak Covid-19.

Untuk PKP Fasa Ketiga, tiada lagi amaran yang akan dikenakan sebaliknya jika disabitkan kesalahan, tindakan akan dilakukan berdasarkan Seksyen 121 Enakmen MAIK dengan denda RM5,000 atau tiga penjara, atau kedua-duanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...