Powered by Blogger.

Tuesday, March 3, 2020

Isteri Jumpa Gambar Dalam Handphone Suami

SUNGAI PETANI - Perbuatan seorang bapa mencabul dan meliwat anak perempuannya berusia 3 tahun serta merakam perbuatan tersebut terbongkar selepas gambar perlakuan terkutuk itu ditemui isterinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku antara jam 7 pagi hingga 3 petang ketika suspek yang berusia 25 tahun mengasuh anaknya kerana isterinya bekerja.

Menurutnya, kejadian disedari Ahad lalu setelah anak lelaki pasangan itu berusia 4 tahun memberikan telefon bimbit bapanya kepada ibunya.

"Setelah telefon dibuka, isterinya ternampak gambar bogel anak mereka dalam telefon.

"Selepas diperiksa lagi, ibu mangsa mendapati terdapat banyak gambar perlakuan terkutuk itu.

"Isteri suspek telah membuat laporan polis berhubung kejadian setelah suaminya tidak mengaku melakukan perbuatan itu," katanya.

Difahamkan, gambar terbabit diambil pada 29 Februari lalu.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 3 tahun 10 bulan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan merah di kemaluan mangsa dan tiada kesan koyakan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.

Menurut Adzli, suspek telah ditahan di Simpang Ampat, Perlis semalam dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. - Sinar Harian