Skip to main content

Lelaki Maut Ditikam, Ibu Tunggal Cedera Dirogol

BACHOK: Seorang lelaki maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol oleh individu dikenali di Kampung Mujur, Jelawat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum dipercayai merogol mangsa yang tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah, berkata mangsa yang mempunyai lima anak memaklumkan suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di leher sebelum merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, suspek cuba melarikan diri namun ibu tunggal itu menjerit membuatkan dua lelaki yang sedang tidur di ruang tamu dan dapur rumah berkenaan terjaga dan cuba menangkap suspek.

SEORANG lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia akibat ditikam di bahagian perut dan dada dipercayai dicerobohi seorang suspek berusia 19 tahun di Kampung Mujur, Jelawat awal pagi ini. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

TIMBALAN Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah menunjukkan gambar suspek seorang remaja, Ahmad Azwanizam Zamri, 19 dicari pihak polis bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol yang berlaku di Kampung Mujur, Jelawat awal pagi ini. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

“Ketika cuba menangkap suspek, lelaki berusia 28 tahun maut ditikam di perut dan dada, manakala rakannya berusia 25 tahun cedera sebelum suspek melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Mujur, Jelawat, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat manakala rakannya yang cedera parah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Katanya, ibu tunggal kematian suami itu tinggal di rumah berkenaan bersama lima anaknya yang berusia dua hingga 17 tahun.

“Kita masih menyiasat hubungan dan kenapa dua lelaki yang meninggal dunia dan cedera itu tinggal di rumah ibu tunggal berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Abdullah berkata, polis kini memburu seorang lelaki berusia 19 tahun, yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, susulan kejadian itu, polis juga meminta orang ramai membantu mengesan seorang pemuda dikenali sebagai Ahmad Azwanizam Zamri, 19, untuk tampil membantu siasatan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...