Harga Ikan Dan Telur Ayam Naik Harga

Harga purata barangan makanan utama di negara ini didapati mengalami kenaikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lalu.

Mengikut data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, antara barangan mengalami kenaikan ialah ikan kembung, telur ayam gred A, timun, kelapa parut dan daging lembu tempatan (bahagian paha).

Berdasarkan statistik itu, purata harga ikan kembung mencatatkan kenaikan iaitu RM14.08 berbanding RM13.92 sehari sebelum PKP dilaksanakan.

"Purata harga telur ayam gred A adalah RM3.99 berbanding RM3.87 sebelum PKP. Timun pula RM3.09 berbanding RM2.91 sebelum ini.

"Bagi purata harga kelapa parut pula RM7.73 berbanding RM7.65 sebelumnya, manakala daging lembu tempatan (bahagian paha) adalah RM32.80 berbanding RM32.74 sebelum PKP ini," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan Malaysia juga turut menyenaraikan 11 median harga barangan dalam tempoh PKP.

Antaranya telur ayam gred A RM3.95, pisang emas RM5.10, ikan kembung RM14.17, tembikai merah berbiji RM3.09, timun RM3.03, bawang import (India) RM6.65, ayam bersih (standard) RM7.53, kelapa parut RM7.72.

Selain itu, sotong (saiz M) RM26.24, udang putih (ternak saiz M) RM31.63 dan daging lembu tempatan RM32.75. - Sinar Harian