Skip to main content

Joging Semasa 'Perintah Kawalan Pergerakan', Doktor Diheret Ke Mahkamah

Malaysiakini
Gara-gara berkeras mahu bersenam dengan berjoging di taman awam semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), pakar jantung Dr Ong Hean Teik diheret ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang dan berdepan dua pertuduhan.

Berdasarkan laporan Sin Chew Daily, Dr Ong minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Seksyen 186 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala Peraturan 3(1) pula memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Video bantahan Dr Ong semasa ditahan baru-baru ini tular di laman sosial.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dan menetapkan 9 Jun untuk pendengaran kes.

Mahkamah turut mengarahkan doktor berusia 60 tahun itu menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri ke balai polis setiap bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Dr Ong keluar berjoging seorang diri di sebuah taman rekreasi dan berhujah dengan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bahawa tindakannya itu tidak salah dan semata-mata demi kesihatannya.

Rakaman pertingkahannya dengan penguatkuasa berkenaan menjadi tular, menyebabkan polis menyiasatnya kerana melanggar PKP.

Kerajaan menguatkuasakan PKP di seluruh negara bermula 18 Mac hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19. Perintah itu kemudiannya dilanjutkan hingga 14 April.

Sejak semalam, Malaysia mencatatkan 2,740 kes jangkitan Covid-19 dan 34 kematian.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata masih ramai rakyat yang tidak mengendahkan PKP meskipun pihak berkuasa telah mengambil tindakan lebih tegas.

Pada Sabtu lepas sahaja, beliau mendedahkan seramai 649 ditahan atas kesalahan itu. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...