Skip to main content

Pencuri Tabung Masjid Dan Tokong Ditangkap

Malaysiakini
Gambar tular yang memaparkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangkap seorang lelaki di Melaka tidak mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Ketua Polis Daerah Jasin Mispani Hamdan.

Mispani berkata lelaki yang ditahan itu adalah suspek yang dikehendaki dalam beberapa kes curi di beberapa masjid dan tokong di negeri berkenaan.

Dia juga menafikan bahawa anggota tentera dan anggota polis telah menggunakan kekerasan dalam menahan suspek.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 petang apabila pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah mengekori suspek untuk membuat penangkapan, sebelum mereka tiba di sekatan jalan raya yang merupakan sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan PKP.


"Apabila melihat sekatan jalan raya, suspek cuba melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya dan berlari dengan berjalan kaki. Ini mendorong anggota untuk mengejar.

"Dengan bantuan beberapa tentera yang merupakan sebahagian daripada sekatan jalan raya PKP, mereka berjaya menangkap suspek selepas sedikit pergelutan," katanya.

Mispani berkata antara kes yang suspek itu didakwa terlibat adalah kes curi sebuah kotak sumbangan masjid di Kesang Tua dan di sebuah tokong di Selandar, Jasin, kedua-duanya berlaku pada bulan ini. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut