Powered by Blogger.

Friday, March 20, 2020

Pesakit Dari Perhimpunan Tabligh Sri Petaling Mangsa Ketiga Meninggal Dunia

PUTRAJAYA- Seorang lagi pesakit Covid-19 di negara ini disahkan meninggal dunia petang tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit adalah daripada kluster Perhimpunan Tabligh Sri Petaling menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.27 petang.

"Pesakit merupakan kes ke-152 direkodkan dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection (SARI)," katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 58 tahun itu diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

"Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia.

"Takziah diucapkan kepada keluarga arwah," katanya.

Kes kematian itu dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekaligus menjadikan jumlah korban 3 orang.

Selasa lalu, dua kematian pertama melibatkan seorang paderi di Hospital Umum Kuching dan seorang peserta himpunan tabligh di Hospital Sultanah Aminah, Johor. - Sinar Harian