Skip to main content

Ingkar Arahan Kawalan Pergerakan, Polis Tahan Lelaki Di Kawasan Rumah Ibadat

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditahan selepas menghalang tugas anggota polis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan di kawasan rumah ibadat pada jam 10.30 pagi tadi selepas enggan menerima arahan polis untuk beredar dari kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata sebelum itu lelaki terbabit didapati berkumpul bersama beberapa individu lain di rumah ibadat itu sebelum diminta beredar oleh pihak polis.

"Ketika rondaan dilakukan, polis mendapati terdapat sekumpulan lelaki sedang berhimpun di rumah ibadat berkenaan.

"Kita memberi nasihat dan meminta mereka beredar bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, namun, lelaki terbabit enggan beredar dan bertindak agresif," katanya ketika ditemui dalam satu operasi yang diadakan di sini, hari ini.

Adzli berkata, berikutan itu, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya akan mencadangkan supaya tindakan di bawah Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 dikenakan terhadap lelaki terbabit selepas dia gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta.

"Kita juga akan mencadangkan supaya lelaki berkenaan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Beliau meminta orang ramai supaya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Tangkapan ini sebagai satu mesej kepada masyarakat supaya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa semasa menjalankan tugas.

"Sekiranya, masyarakat masih berdegil kita akan bawa ke peringkat seterusnya dengan mengeluarkan denda atau mengambil tindakan mahkamah," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...