Skip to main content

Jika Bayi Terdedah Dengan Sanitizer, Ia Mungkin Boleh Bawa Maut

Cecair pembasmi kuman yang mengandungi 60 peratus hingga 95 peratus etanol atau isopropil alkohol berkesan mengurangkan mikroorganisma pada kulit.

Bagaimanapun, pengambilan atau penggunaan yang tidak wajar boleh dikaitkan dengan risiko kesihatan, malah boleh menjadi bahaya jika disalah guna terutama sekali oleh kanak-kanak.

Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 70,669 kes pendedahan pada cecair pembasmi kuman yang mengandungi alkohol dan bukan alkohol dilaporkan kepada Sistem Data Racun Kebangsaan.

Kes berkenaan melibatkan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun iaitu kira-kira 90 peratus berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga 5 tahun. Daripada kumpulan umur itu, 97 peratus pendedahan adalah kerana pengambilan oral.

Menurut Pusat Racun New York, kanak-kanak yang terjilat atau termakan cecair pembasmi kuman berisiko untuk mengalami keracunan alkohol.

Walaupun kanak-kanak hanya termakan sedikit sahaja cecair itu, ia mungkin boleh menyebabkan pelbagai risiko. Jika bayi terdedah dengan cecair itu, ia mungkin boleh membawa maut.

Berikut adalah langkah yang boleh diakukan ibu bapa untuk mencegah kanak-kanak daripada bermain atau termakan dengan cecair pembasmi kuman:

1. Simpan cecair pembasmi kuman di tempat yang selamat, tersorok atau kawasan yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.

2. Beri didikan kepada anak bahawa cecair pembasmi kuman adalah untuk kegunaan luar sahaja dan tidak boleh dimakan atau diminum.

3. Jangan sesekali menggunakan cecair pembasmi kuman kepada bayi kerana risko mereka menjilat tangan adalah tinggi.

4. Pantau dan elak anak bermain dengan bahan kimia di dalam rumah.

5. Sentiasa mengawasi anak ketika menggunakan cecair pembasmi kuman atau menggunakan sebarang pembersih sabun ketika mencuci tangan.

Jika berlaku kejadian termakan cecair pembasmi kuman atau bahan kimia lain, ini cara yang betul untuk ibu bapa lakukan.

1. Bertenang, jangan panik atau memarahi anak kerana mereka akan berasa lebih takut dan mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.

2. Jangan paksa anak muntah.

3. Hubungi ambulans atau bawa berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

4. Bawa botol cecair pembasmi kuman itu sekali untuk ditunjukkan kepada doktor bagi bertujuan menentukan berapa banyak kandungan yang ditelan oleh anak. Semoga bermanfaat!

Sumber: hijabnheels.com

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...