Skip to main content

Tun Dr Mahathir Calonkan Hadi Awang Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Hasil carian imej untuk Hadi Awang, Tun M
LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi Kabinet baharu yang akan ditubuhkan gabungan Perikatan Nasional.

Menurut beliau, berkemungkinan besar Kabinet baharu yang dijangkakan diumum pada Selasa akan dipelopori oleh majoriti Ahli Parlimen Umno termasuk yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam masa sama, beliau menegaskan, cadangan yang dibuat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak menyertai Kabinet merupakan keputusan yang amat sesuai.

Tindakan terbabit, jelas Dr Mahathir, mampu memberi ruang kepada pemimpin terbabit untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas setiap pertuduhan yang kini dibicarakan di mahkamah.

"Calon yang sesuai sekali tak tau (tak pasti), barangkali (yang sesuai) Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kot... iyalah (Kabinet baharu akan dipelopori oleh UMNO), Bersatu ada enam orang (Ahli Parlimen asal).

"UMNO ada 50 lebih (termasuk yang sertai Bersatu) jadi tak tau macam mana yang kecil ini (Bersatu) nak kuasai yang besar, biasanya yang besarlah kuasai yang kecil," ujar Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Bersatu Cawangan Kedawang, Langkawi pada Ahad.

Pada Sabtu, Zahid yang juga Presiden UMNO, telah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri supaya beliau tidak dilantik menganggotai Kabinet.

Perkara itu dimaklumkan beliau di hadapan keseluruhan anggota dan kepimpinan UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menjangkakan Kabinet Perikatan Nasional akan diumum pada Selasa ini.

Keputusan terbabit sekali gus akan menjadi jawapan kepada pelbagai teka teki berhubung jawatan menteri menteri Kabinet khususnya individu yang akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut