Skip to main content

Muhyiddin Berusaha Mengaturkan Pertemuan Dengan Tun Dr Mahathir

Hasil carian imej untuk Muhyiddin Dr Mahathir
KANGAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha mengaturkan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sedang menunggu penetapan tarikh daripada bekas Perdana Menteri itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Saiful Wan Jan, dalam satu kenyataan, hari ini, sambil menjelaskan Perdana Menteri sudah menghantar surat kepada Dr Mahathir bagi memohon perjumpaan berkenaan.

“Dalam perjumpaan pada Jumaat lalu, Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau telah cuba mengatur pertemuan dengan Tun Dr Mahathir.

“Beliau juga sudah menghantar surat kepada Tun Dr Mahathir untuk memohon bertemu. Kini, hanya menunggu tarikh daripada Tun Dr Mahathir.

“Kita doakan agar Tun Dr Mahathir sudi untuk bertemu secepat mungkin,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, sebahagian besar akar bumi mahu pucuk kepemimpinan bersatu semula, sekali gus menguatkan lagi parti yang dibina bersama.

Katanya, BERSATU terbina atas kekuatan tiga tokoh utama, iaitu Dr Mahathir, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sehubungan itu, beliau mengajak keseluruhan ahli BERSATU untuk sama-sama mendesak dan merayu pemimpin atasan agar berdamai serta kembali bekerjasama.

“Saya berharap kita berhentilah mengeluarkan kenyataan atau menganjurkan majlis yang tidak membawa perdamaian.

“Tidak perlulah pergi kepada media tempatan atau antarabangsa untuk meruntuhkan parti. Kita selesaikan secara dalaman dengan semangat satu keluarga.

“Dalam keadaan begini, menganjurkan majlis solat hajat dan munajat mendoakan penyatuan kembali pemimpin kita adalah lebih baik,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...