Terdahulu, Ali telah menuduh Aliff Syukri sebagai punca berlakunya pergaduhan di antara keluarganya dan Hidayah.
Aliff juga turut dicabar untuk bersemuka dengannya serta keluar.
Melalui Instagram Live, Hidayah telah menjawab soalan Aliff Syukri yang datang melawat di rumah keluarganya.
Pendedahan Hidayah mengejutkan ramai pihak di mana menurutnya kereta telah ditarik pihak sana menyebabkan dia terpaksa menaiki Grab untuk membawa anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey ke klinik kerana demam.
Namun, Ali dalam kenyataan terbarunya berkata dia akan membuat sidang media dalam masa terdekat bagi memperjelaskan keadaan sebenar. - Malaysiakini