Allahu! Fad Bocey Kongsi Perbualan 'WhatsApp Group' "Hanya Tinggal 2"

Selain daripada ahli keluarga terdekat, tentulah Fad dan Achey dari Kumpulan Bocey paling rapat dan amat merasakan kehilangan Abam.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey menubuhkan Kumpulan Bocey pada tahun 2013 untuk menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM).

Melalui Kumpulan Bocey, mereka pernah menjadi juara MLM untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2016 dan 2017, menjadi naib juara pada tahun 2018 dan menduduki tempat ketiga pada tahun lalu.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Fad berkongsi tentang 'WhatsApp Group' Bocey MLM antara mereka bertiga.

"Assalamualaikum
Guys
Project youtube kita cmne?
Guysss
Bammm
Oooo bam," tulis Achey sambil menggunakan emoticon menangis.
"Kite jaga nama BOCEY ni ye chey
Ini je yg arwah tinggalkan untuk kite jaga sama2
Kesian dia
Aku rinduuuuu
Aku terbayang kita sembang kat amin idris show hari tu
kite celebrate birthday dia
Tinggal kite berdue je cheyyy" tulis Fad.

Perbualan antara mereka berdua di 'WhatsApp Group' benar-benar membuat ramai yang sebak.

"Ya Allah sedihnya, kita baca pun nangis tau," tulis lyna_talib.

"Sedih baca dia suruh fad balik. Kuat Achey. Fad dengan Achey. kena kuat! Bahagian Abam Allah dah permudahkan sebaik-baiknya. Insya-Allah bahagian kita juga Allah permudahkan," tulis ain.akira

"Kuatkan semangat Achey dan Fad. Tabahkan hati. Kena redha pemergian arwah. Faham sangat situasi kalian semua. Doa banyak-banyak untuk arwah moga roh arwah tenang dan tergolong disamping orang-orang yang beriman," tulis elli_samsuddin.

"Ya Allah, semoga kalian tabah. Saya yang tak ada apa-apa kaitan pun menangis," tulis luggage_gudang_online.

Semua peminat yang meninggalkan komen ternyata sebak dan sedih dengan pemergian Arwah Abam dan mendoakan yang terbaik untuk ahli Kumpulan Bocey. - Astro Gempak