Powered by Blogger.

Sunday, January 19, 2020

Pakatan Harapan Boleh Jadi Kerajaan Sepenggal - Tun Mahathir

Parti pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak berubah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kita kalah lima pilihan raya kecil dan mereka masih tidak faham,” beliau dipetik berkata kepada pemberita di Langkawi oleh Reuters.

“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai.

“Tetapi sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat… Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya.

Warisan, sekutu Pakatan Harapan, kalah dalam pilihan raya kecil Kimanis, Sabtu lalu.

Tinjauan juga menunjukkan populariti gabungan itu merosot di kalangan orang awam.