Powered by Blogger.

Monday, January 20, 2020

Kereta Mercedes Lumba Haram Diburu

KOTA BHARU: Polis mengesan dua pemandu kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning, yang didakwa terbabit dalam perlumbaan haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata siasatan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dilakukan.

Bagaimanapun katanya, sebarang perlumbaan haram adalah menjadi satu kesalahan.

“Mengadakan perlumbaan haram di jalan raya adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan penjara maksimum lima tahun dan didenda minumum RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 2.28 saat memaparkan dua kereta Mercedes Benz bewarna kuning terbabit dengan perlumbaan haram jam 2 pagi, sehingga mengganggu lalu lintas.

Difahamkan, seorang daripada pemilik kereta mewah yang menyertai perlumbaan itu dikaitkan dengan ahli perniagaan kosmetik di Kelantan. - Berita Harian Online