Skip to main content

Gara-Gara Hendak Kahwin, Bella Makan Biskut Cecah Milo

Penyanyi dan pelakon, Bella Nazari, sekadar menjamah biskut bersama minuman Milo tanpa gula untuk kelihatan langsing pada hari bahagianya, Mac depan.

Mengamalkan cara berkenaan sejak seminggu lalu, selain berpuasa, berat badan pelakon Cinta Bukan Kristal itu mula menunjukkan penurunan.

“Gara-gara hendak berkahwin, kini setiap hari saya makan biskut yang dicecah Milo tanpa gula. Saya bimbang juga kalau baju tidak muat di badan pada hari pernikahan dan persandingan nanti.

Saya pula memang tak sempat nak ke gimnasium atau bersenam, jadi kenalah jaga pengambilan makanan.

“Sejak seminggu lalu, saya kehilangan empat kilogram (kg) daripada berat asal, 60 kg. 

Kalau ada perbincangan mengenai kerja kahwin atau keluar makan bersama tunang pula, saya sekadar mencubit atau tumpang makan daripada pinggan orang lain. Alang-alang, saya juga berpuasa.

“Saya bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai mengikut diet seperti ini kerana ia agak ekstrem. Malah, ada yang anggap saya buat kerja gila. 

Sebelum ini, saya ada mencuba cara diet tertentu, namun ia tidak memberikan kesan seperti sekarang,” katanya kepada BH Online.

Bella atau nama sebenarnya Mas Nabiella Nazari juga berkata, hanya selepas berat badannya susut, baru dia bersedia untuk berkongsi gambar terbaru di laman sosial.

“Kalau sebelum ini, saya memang takkan berbuat demikian, sehingga ada yang bertanya ke mana saya menghilang?” katanya.

Bella dan Iqbal Kamarudin bertunang pada Oktober tahun lalu dan akan bernikah pada 7 Mac depan, di Perlis.

Mereka akan diraikan dalam majlis resepsi sehari selepas akad nikah, diikuti sebuah lagi acara keraian di Bangi, Selangor, pada 21 Mac.

“Ketika ini, semua persiapan hampir sempurna dilakukan, kecuali soal jemputan dan cenderahati.

“Jujurnya, saya memang gementar mengenangkan majlis berkenaan. Setiap malam, saya pasti terfikir apakah ia mampu diadakan dengan sebaiknya? 

Harapan saya, semuanya akan dipermudahkan,” katanya yang mengenali bakal suami ketika sama-sama mengikuti pengajian di sebuah universiti.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...