Powered by Blogger.

Monday, December 2, 2019

'Siapalah Yang Buang Anak Kucing Ke Laut?'


Sekumpulan pemancing di Jambatan Pulau Pinang menerima pujian daripada netizen atas usaha menyelamatkan seekor anak kucing dipercayai terjatuh ke dalam laut.

Video berdurasi 52 saat yang memaparkan anak kucing berbulu hitam dan putih itu terkapai-kapai dan mengiau di dalam air tular di laman sosial.

Seorang lelaki kebetulan memancing di bawah jambatan berkenaan menyauk anak kucing yang hampir lemas itu.

Posting dimuat naik di Facebook Penang Kini turut mempersoalkan individu kejam yang membuang anak kucing tersebut.

SUMBER : Penang Kini