Muhammad Danial Firman menghembuskan nafas terakhir malam tadi dan berita duka itu dimaklumkan sendiri Abby menerusi akaun Instagramnya sekitar jam 2 pagi tadi.
Abby, 42, dan suami Muhammad Faizal Zakaria, 45, bagaimanapun tiada di sisi anaknya kerana berada di Mekah menunaikan umrah bersama keluarga sejak dua hari hari lalu.
Dalam perkongsiannya, Abby memaklumkan bahawa jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat dengan bantuan saudaranya. - Astro AWANI