Skip to main content

Saya Minta Supaya Tuhan Tunjuk Sesiapa Yang Sanggup Buat Macam Ini Kepada Keluarga Saya

KOTA BHARU - Perbuatan amalan sihir dalam kalangan masyarakat hari ini masih berlaku meskipun zaman silih berganti dan kecanggihan teknologi semakin menguasai kehidupan.

Benarlah, perasaan hasad dengki yang memaksa individu menggunakan jalan pintas untuk berkompromi secara syirik.

Berkongsi kisah itu di Facebook, Md Iruwan menerima satu bungkusan dari kiriman pos yang menyangkakan adalah barangan.

Namun setelah membukanya, dia terkejut menemui dua patung berbungkus seperti mayat, sekeping foto keluarganya dan beberapa paku termasuk sehelai kain kuning.

"Pada yang buat benda ni, terimalah balasan Tuhan nanti, setahu saya, tiada musuh pun, terkejut kelmarin buka sampul surat dapat benda macam ini. Gambar ini saya tahu kamu ambil dalam Facebook saya.

"Dan saya tahu kamu ikuti perkembangan dalam Facebook. Saya tidak akan balas perbuatan mu ni tapi ingatkan kuasa Tuhan lebih dari segala-galanya. Kalau jadi apa-apa atas keluarga saya, mu jawab la nanti. Tuhan maha adil dari segala-galanya," luahnya.

Md Iruwan berkata, individu itu dikatakan mahu pecahbelahkan keluarganya.

"Saya minta doa dengan Tuhan supaya Tuhan tunjuk dan azab sesiapa yang sanggup buat macam ini kepada keluarga ini.

"Saya tidak takut mati sebab mati itu pasti kepada setiap yang hidup tetapi saya minta pada Tuhan panjangkan umur ku kerana amalan ku masih tidak cukup, anak-anak masih kecil. Ya ALLAH saya pohon pada mu, Kau tunjukanlah kebenarannya nanti. Amin," tambahnya.

Dalam pada itu, Md Iruwan juga mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana mendoakan keselamatan dan kesejahteraan keluarganya.

"Tuhan maha berkuasa di atas semesta alam. Semoga doa saya dan doa sahabat ku semua akan dimakbulkan. Amin," katanya.

Sementara itu status Md Iruwan menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya terkejut perkongsian tersebut malah sempat berkongsi amalan bagi menghindari perbuatan syirik.

Izi Sevenzeronine berkata, "Jangan tinggal 3 Kul, ayat kursi, dan 2 surah terakhir al-Baqarah ketika waktu subuh dan isyak. Insya-ALLAH, sebesar mana sihir, ALLAH lagi besar. Amin."

Kata Alif Hakim Md Iruwan pula, "Kalau boleh, bawa semua barang tu, jumpa dengan perawat Islam yang patuh syariat untuk ditawar semula. Semua barang itu mempunyai 'isi'. Apa-apa pun, kita hanya mampu ikhtiar, selebihnya serah pada ALLAH yang maha kuasa. Sabar dan percayalah sesungguhnya perbuatan syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan ALLAH SWT."

Tambah Muhamad Firdaus Rosli, "Ya ALLAH kau lindungi sahabat ini yang teraniaya. Semoga keluarga Wan sentiasa dilindungi ALLAH. Semoga si pelaku itu menerima balasan yang setimpal. Amin." - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...