Skip to main content

Remaja 14 Tahun Imamkan Solat Jenazah Bapa Maut Kemalangan



KEPALA BATAS – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengimamkan solat jenazah ayahnya yang maut dalam kemalangan selepas melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Kubang Semang menghala ke Lunas, Kulim Isnin lalu.

Kisah dikongsi Masjid Abdullah Fahim SPU (MAFSPU) di laman rasmi Facebooknya memberitahu, Mohd Danish bin Abdul Rani merupakan anak ketiga yang juga pelajar di Sekolah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz, Padang Serai, Kedah itu telah menghafaz Quran sebanyak 13 juzuk.

Walaupun arwah bapanya tidak sempat melihat Mohd Danish berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dan bergelar al-Hafiz, tetapi diharap dia terus kuat dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

“Jenazah Allahyarham Abdul Rani Abdullah (meninggal dunia akibat kemalangan lori ais di Tol Lunas) telah selamat dikebumikan sebentar tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.

“Solat jenazah Allahyarham diimamkan oleh anaknya sendiri iaitu adik Mohd Danish Abdul Rani. Pihak Masjid Abdullah Fahim berkesempatan hadir ziarah ke rumahnya dan bertemu dengan anaknya.

“Mohd Danish yang berumur 14 tahun dan merupakan anak ketiga dalam ahli keluarganya. Menjadi kebanggaan kami, Mohd Danish antara yang bakal menjadi hafiz suatu hari nanti. Beliau kini sudah menghafaz Quran sebanyak 13 juzuk. Beliau bersekolah di Sekolah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz, Padang Serai, Kedah.

“Kami mendoakan semoga Mohd Danish diberikan kekuatan dan ketabahan di atas ujian yang dihadapi. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan dan menjadi anak soleh serta dapat membantu keluarga dan masyarakat.

“Pihak MAFSPU mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abdul Rani bin Abdullah. Semoga Allah Ta'ala ampunkan segala dosa-dosanya dan terima segala amal ibadahnya. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman,” tulisnya.

“Innalilahi wainaihirojiun...MasyaALLAH hebatnya Allahyarham memiliki anak yang semuda 14 tahun ini dapat mengimamkan solat jenazah Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan mereka yang beriman dan beramal soleh,” tulis Mahmud Aban di Facebook.

Ana Tajul pula memberitahu “Semoga di tempatkan bersama para solihin, sesungguhnya arwah berjaya mendidik anak menjadi anak yang soleh, Mohd Danish menjadi inspirasi, moga anak kita semua juga boleh menjadi sepertinya." - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...