Skip to main content

Nak Label Saya Penyanyi Tempelan Pun Tak Apa - Achey


Saat dirinya menyerlah di arena lawak, Achey tidak pernah berputus asa untuk mencipta nama sebagai penyanyi.

Mengakui pembabitannya dalam seni suara bukan untuk menyaingi penyanyi lain, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 33, bagaimanapun enggan mengehadkan keupayaan diri.

Selepas muncul dengan Yang Terindah, Makcik Bawang dan Anak, artis terbabit melancarkan pula single berjudul Sakit, hasil ciptaannya bersama Shouk Azis pada 20 Disember lalu.

“Saya sememangnya suka menyanyi dan rasanya, bakat terbabit diwarisi turun-temurun. Bapa saya juga gemar menyanyi, begitu juga dengan arwah bapa mentua. Adik-beradik saya turut berbakat dalam nyanyian, cuma masing-masing tidak berani untuk ke depan.

“Saya pula selalunya menghasilkan lagu untuk diri sendiri dan insan di sekeliling, sekali gus disimpan sebagai kenangan. Andai esok atau lusa saya tiada lagi di dunia, orang luar akan tahu siapa diri ini.

“Mereka boleh menikmati lagu dendangan dan ciptaan saya di YouTube serta media sosial. Mungkin tidak sebagus penyanyi lain, namun ia tetap menjadi karya bersifat cukup peribadi buat saya,” katanya.

Tegas pelawak berkenaan juga, dia tidak kisah andai ada pihak melabelkan dirinya sekadar penyanyi tempelan kerana dia merakamkan lagu dengan niat berkongsi minat dan keghairahan terhadap muzik.

Diedarkan oleh 17 Eleven Music, lagu itu turut menyaksikan Achey bertindak sebagai pengarah video muzik sendiri. Sehingga kini, ia ditonton lebih 2.4 juta kali dan ‘trending’ pada kedudukan pertama di YouTube.

Berkongsi mengenai penghasilan lagu terbabit, kata Achey, dia ingin menonjolkan bakat temannya, Shouk, menerusi karya itu.

“Biarpun bukanlah kawan rapat, saya berasakan dia mempunyai bakat besar. Jadi, saya cuba tonjolkan kebolehannya menerusi lagu ini, selain berkongsi rezeki. Mana tahu, saya dapat membantunya mengetengahkan lagi bakat dimiliki?

“Sakit boleh dikatakan terhasil daripada pengalaman orang terdekat dengan saya. Cuma, saya ubah jalan ceritanya kepada kisah percintaan ‘mat motor’,” katanya sambil memaklumkan sudah menyimpan lagu berkenaan sejak setahun lalu. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...