Jangan Gaduh Kekasih Lambat Reply Text, Sebab Lepas Ini WhatsApp Bakal Ada???

Kurang daripada tiga minggu lagi, tahun 2019 bakal menutup tirainya.

Namun, disebalik keterujaan itu pengguna WhatsApp nampak gayanya perlu bersiap bersedia kerana aplikasi tersebut buat pertama kalinya bakal disertakan dengan kandungan iklan.

Pada yang tidak tahu, perkara itu sebenarnya telah pun didedahkan di acara Facebook Marketing Summit yang berlangsung di Belanda, sekitar pertengahan tahun lalu.

Menerusi perbentangan itu, wakil WhatsApp menjelaskan iklan tersebut akan dipaparkan secara penuh di skrin dan bukannya di bahagian notifikasi.

Walaubagaimanapun, kandungan iklan itu hanya akan muncul di bahagian WhatsApp status, sama seperti Instagram Stories.

Anda perlu 'swipe up' untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan berkenaan.

Anda boleh lihat beberapa contoh gambar iklan WhatsApp di bawah.

Sementara itu di Twitter, isu iklan pada WhatsApp telah menjadi perbualan 'panas' dalam kalangan netizen.

Ada yang turut bergurau sekiranya kekasih lambat balas mesej berpunca daripada iklan yang dipaparkan.

Anda boleh lihat beberapa komen lucu dan menarik di bawah. - Astro Gempak