Skip to main content

Ikan Lumba-Lumba Diselamatkan Pelajar UMT Ditemui Mati 😭

Ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Pantai Tanjung Gelam, Kuala Nerus pada Jumaat lalu yang diselamatkan oleh sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ditemui mati di pantai terbabit semalam.

Ketua Cawangan Mamalia Marin, Bahagian Penyelidikan Penyu dan Spesies Marin Terancam, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun, Mohd Tamimi Ali Ahmad, berkata ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai bergelut untuk berenang semula ke laut dengan melawan ombak.

“Melihat saiz ikan lumba-lumba terbabit masih lagi muda dan apabila terpisah daripada ibu dan kawanannya, memang susah untuknya meneruskan hidup.

“Mungkin juga terdapat kecederaan pada organ dalaman badan atau perut disebabkan makanan yang tidak boleh hadam selain ikan lumba-lumba terbabit terkena air tawar mengabang juga boleh memberi kecederaan luar badan.

“Kita juga boleh kaitkan dengan sakit semulajadi kerana ikan lumba lumba atau paus sekiranya sakit dan hampir mati, ia akan ke pesisir pantai untuk mencari tempat rehat dan mati di situ,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bangkai ikan lumba-lumba itu akan ditanam di lokasi berhampiran mengikut prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Perikanan.

“Jika dijumpai hidup, ia perlu dilepaskan segera ke laut dan jika terdapat kesan luka atau cedera teruk, ia akan dibawa balik ke FRI untuk dikuarantin dan dirawat sehingga sembuh.

“Sekiranya dijumpai mati, kita akan uruskan bangkai atau karkas itu dengan baiknya. Bangkai masih segar akan dilakukan bedah siasat dan diawet untuk dipamerkan di Galeri Spesis Marin Terancam FRI Rantau Abang.

“Namun sekiranya sudah reput lebih 24 hingga 48 jam, kita akan lupuskan dengan cara tanam dan tulang itu akan diambil semula dalam tempoh empat hingga enam bulan kemudian untuk diawet dan dipamerkan,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...